Bab

  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16
  17. 17
  18. 18
  19. 19
  20. 20
  21. 21
  22. 22
  23. 23
  24. 24
  25. 25
  26. 26
  27. 27
  28. 28
  29. 29
  30. 30
  31. 31
  32. 32
  33. 33
  34. 34
  35. 35
  36. 36
  37. 37
  38. 38
  39. 39
  40. 40
  41. 41
  42. 42
  43. 43
  44. 44
  45. 45
  46. 46
  47. 47
  48. 48
  49. 49
  50. 50
  51. 51
  52. 52
  53. 53
  54. 54
  55. 55
  56. 56
  57. 57
  58. 58
  59. 59
  60. 60
  61. 61
  62. 62
  63. 63
  64. 64
  65. 65
  66. 66
  67. 67
  68. 68
  69. 69
  70. 70
  71. 71
  72. 72
  73. 73
  74. 74
  75. 75
  76. 76
  77. 77
  78. 78
  79. 79
  80. 80
  81. 81
  82. 82
  83. 83
  84. 84
  85. 85
  86. 86
  87. 87
  88. 88
  89. 89
  90. 90
  91. 91
  92. 92
  93. 93
  94. 94
  95. 95
  96. 96
  97. 97
  98. 98
  99. 99
  100. 100
  101. 101
  102. 102
  103. 103
  104. 104
  105. 105
  106. 106
  107. 107
  108. 108
  109. 109
  110. 110
  111. 111
  112. 112
  113. 113
  114. 114
  115. 115
  116. 116
  117. 117
  118. 118
  119. 119
  120. 120
  121. 121
  122. 122
  123. 123
  124. 124
  125. 125
  126. 126
  127. 127
  128. 128
  129. 129
  130. 130
  131. 131
  132. 132
  133. 133
  134. 134
  135. 135
  136. 136
  137. 137
  138. 138
  139. 139
  140. 140
  141. 141
  142. 142
  143. 143
  144. 144
  145. 145
  146. 146
  147. 147
  148. 148
  149. 149
  150. 150

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 9 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

Doa Kesyukuran kerana Allah Adil

1. Untuk pemimpin koir. Menurut lagu Mut-Laben. Mazmur Daud.

2. Aku akan memuji Engkau dengan segenap hatiku, TUHAN,dan menceritakan segala keajaiban yang telah Engkau lakukan.

3. Aku akan menyanyi dengan riang kerana Engkau,dan menyanyikan pujian kepada-Mu, Yang Maha Tinggi.

4. Ketika Engkau muncul, musuhku berpatah balik;mereka jatuh tersandung lalu mati.

5. Engkau memerintah sebagai hakim yang adil,dan Engkau telah membela perkaraku.

6. Engkau telah menghukum bangsa-bangsa yang tidak mengenal-Mu,dan membinasakan orang jahat;mereka tidak akan dikenang lagi.

7. Musuh kami lenyap selama-lamanya;Engkau telah memusnahkan kota-kota mereka,dan mereka dilupakan sama sekali.

8. Tetapi TUHAN memerintah selama-lamanya;Dia mendirikan takhta-Nya untuk menghakimi dunia.

9. Dia memerintah dunia dengan adil,dan menghakimi rakyat dengan saksama.

10. TUHAN adalah pernaungan bagi orang yang ditindas,tempat perlindungan pada masa kesusahan.

11. Mereka yang mengenal Engkau yakin kepada-Mu, ya TUHAN;sesiapa pun yang datang kepada-Mu tidak Kautinggalkan.

12. Pujilah TUHAN yang memerintah di Sion!Beritakanlah perbuatan-Nya kepada setiap bangsa!

13. Allah ingat akan mereka yang menderita;Dia tidak melupakan tangisan mereka,Dia menghukum orang yang berlaku kejam terhadap mereka.

14. Kasihanilah aku, ya TUHAN!Lihatlah, musuhku menyengsarakan aku.Selamatkanlah aku daripada maut, ya TUHAN,

15. supaya aku dapat memuji Engkaudi hadapan penduduk Yerusalem.Aku akan bersorak gembirakerana Engkau menyelamatkan aku.

16. Bangsa-bangsa yang tidak mengenal Engkaujatuh ke dalam lubang yang digali mereka sendiri;mereka memasang perangkap,tetapi mereka sendiri terperangkap.

17. TUHAN menyatakan diri-Nya dengan keputusan yang adil;orang jahat terperangkap oleh perbuatan mereka sendiri.

18. Maut ialah kesudahan semua orang jahat,semua orang yang menolak Allah.

19. Orang miskin tidak selamanya dilupakan;orang papa tidak selamanya kehilangan harapan.

20. Bangkitlah, ya TUHAN, hakimilah bangsa-bangsa,jangan biarkan manusia terlepas daripada hukuman.

21. Buatlah mereka takut, ya TUHAN;sedarkanlah mereka bahawa mereka itu hanya insan.