1. Untuk pemimpin koir. Dengan iringan kecapi. Menurut lagu yang kelapan. Mazmur Daud.
2. Ya TUHAN, janganlah marah aku ketika Engkau murka!Janganlah hukum aku ketika Engkau marah!
3. Kasihanilah aku, ya TUHAN, kerana aku penat;pulihkanlah aku kerana aku sungguh letih.
4. Hatiku resah gelisah.Sampai bilakah Engkau tinggalkan aku, ya TUHAN?
5. TUHAN, datanglah dan selamatkanlah aku,selamatkanlah aku daripada maut demi kasih-Mu.
6. Di alam maut Engkau tidak diingat lagi;tiada sesiapa pun memuji Engkau di dunia orang mati.
7. Aku tidak bermaya kerana dilanda kesedihan;setiap malam tempat tidurku dibasahi tangisan;bantalku dibasahi air mata.
8. Mataku rabun dan bengkak kerana terlalu banyak menangis,semua itu disebabkan oleh musuh-musuhku.
9. Nyahlah, hai orang jahat!TUHAN mendengar tangisanku;
10. Dia mendengar permohonanku,dan mengabulkan doaku.
11. Semua musuhku akan cemas dan maludan segera mundur dengan tersipu-sipu.