1. Mazmur Daud.Ya TUHAN, aku bersyukur kepada-Mudengan sepenuh hatiku;aku menyanyikan pujian untuk-Mudi hadapan makhluk-makhluk syurga.
2. Aku menghadap Rumah-Mu yang suci,aku sujud dan memuji nama-Mukerana Engkau setia dan kasih-Mu kekal,kerana Engkau telah menunjukkanbahawa nama-Mu dan firman-Mu agung.
3. Engkau menjawab apabila aku berseru kepada-Mu;Engkau menguatkan aku sehingga aku berani.
4. Semua raja di dunia akan memuji Engkau, ya TUHAN,kerana mereka telah mendengar janji-janji-Mu.
5. Mereka akan menyanyi tentang perbuatan-Mu,dan tentang kemuliaan-Mu yang besar.
6. Walaupun Engkau begitu agung,Engkau memperhatikan orang yang hina,dan orang sombong tidak dapat bersembunyi daripada-Mu.
7. Ketika aku ditimpa kesusahan,Engkau memelihara aku;Engkau menentang musuhku yang ganas,dan menyelamatkan aku dengan kuasa-Mu.
8. Engkau akan memenuhi segala janji-Mu kepadaku;ya TUHAN, kasih-Mu kekal abadi.Jangan tinggalkan umat yang telah Engkau jadikan.