Bab

  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16
  17. 17
  18. 18
  19. 19
  20. 20
  21. 21
  22. 22
  23. 23
  24. 24
  25. 25
  26. 26
  27. 27
  28. 28
  29. 29
  30. 30
  31. 31
  32. 32
  33. 33
  34. 34
  35. 35
  36. 36
  37. 37
  38. 38
  39. 39
  40. 40
  41. 41
  42. 42
  43. 43
  44. 44
  45. 45
  46. 46
  47. 47
  48. 48
  49. 49
  50. 50
  51. 51
  52. 52
  53. 53
  54. 54
  55. 55
  56. 56
  57. 57
  58. 58
  59. 59
  60. 60
  61. 61
  62. 62
  63. 63
  64. 64
  65. 65
  66. 66
  67. 67
  68. 68
  69. 69
  70. 70
  71. 71
  72. 72
  73. 73
  74. 74
  75. 75
  76. 76
  77. 77
  78. 78
  79. 79
  80. 80
  81. 81
  82. 82
  83. 83
  84. 84
  85. 85
  86. 86
  87. 87
  88. 88
  89. 89
  90. 90
  91. 91
  92. 92
  93. 93
  94. 94
  95. 95
  96. 96
  97. 97
  98. 98
  99. 99
  100. 100
  101. 101
  102. 102
  103. 103
  104. 104
  105. 105
  106. 106
  107. 107
  108. 108
  109. 109
  110. 110
  111. 111
  112. 112
  113. 113
  114. 114
  115. 115
  116. 116
  117. 117
  118. 118
  119. 119
  120. 120
  121. 121
  122. 122
  123. 123
  124. 124
  125. 125
  126. 126
  127. 127
  128. 128
  129. 129
  130. 130
  131. 131
  132. 132
  133. 133
  134. 134
  135. 135
  136. 136
  137. 137
  138. 138
  139. 139
  140. 140
  141. 141
  142. 142
  143. 143
  144. 144
  145. 145
  146. 146
  147. 147
  148. 148
  149. 149
  150. 150

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 49 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

Sia-Sia Bergantung kepada Kekayaan

1. Mazmur puak Korah. Untuk pemimpin koir.

2. Dengarlah ini, hai semua orang.Dengarlah, hai semua penduduk dunia,

3. baik orang biasa mahupun orang terkemuka,baik orang miskin mahupun orang kaya.

4. Aku akan mengucapkan kata-kata yang bijak,buah fikiranku penuh pengertian.

5. Aku akan mengalihkan perhatian kepada peribahasa,dan menerangkan maknanya sambil memetik kecapi.

6. Aku tidak takut akan masa kesusahan,ketika aku dikelilingi oleh musuh,

7. orang yang bergantung kepada kekayaan mereka,dan membanggakan harta mereka yang banyak.

8. Tidak seorang pun dapat menebus dirinya;dia tidak dapat membayar harga tebusannya kepada Allah,

9. kerana harga tebusan manusia itu terlalu mahal;apa yang dapat dibayarnya tidak sekali-kali cukup

10. untuk mengelakkan diri dari kubur,supaya dia dapat hidup selama-lamanya.

11. Sesiapa pun tahu bahawa orang bijak akan meninggal;orang bodoh dan orang tolol pun akan mati.Mereka semua meninggalkan harta kepada orang lain.

12. Kubur menjadi tempat kediaman kekal bagi mereka;di sana mereka tinggal selama-lamanya,walaupun mereka pernah mempunyai tanah.

13. Walaupun manusia itu kaya,seperti haiwan, mereka akan mati juga.

14. Begitulah nasib orang yang percaya kepada diri sendiri,dan nasib orang yang puas hati dengan kekayaan mereka.

15. Seperti domba, mereka ditentukan untuk mati,dan digembalakan oleh maut.Orang jujur akan mengalahkan mereka,mayat mereka cepat mereput;dunia orang mati menjadi kediaman mereka.

16. Tetapi Allah akan menyelamatkan aku;Dia akan melepaskan aku daripada kuasa maut.

17. Jangan iri hati apabila sesetengah orang menjadi kaya,apabila harta mereka bertambah-tambah;

18. apabila mereka mati, mereka tidak dapat membawa apa-apa;harta mereka tidak dapat turun ke kubur bersama-sama mereka.

19. Sungguhpun mereka berpuas hati dengan kehidupan mereka,dan dipuji kerana kejayaan mereka,

20. mereka akan menyusul nenek moyang mereka juga,ke tempat yang gelap selama-lamanya.

21. Walaupun manusia menjadi kaya,seperti haiwan, mereka akan mati juga.