Bab

  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16
  17. 17
  18. 18
  19. 19
  20. 20
  21. 21
  22. 22
  23. 23
  24. 24
  25. 25
  26. 26
  27. 27
  28. 28
  29. 29
  30. 30
  31. 31
  32. 32
  33. 33
  34. 34
  35. 35
  36. 36
  37. 37
  38. 38
  39. 39
  40. 40
  41. 41
  42. 42
  43. 43
  44. 44
  45. 45
  46. 46
  47. 47
  48. 48
  49. 49
  50. 50
  51. 51
  52. 52
  53. 53
  54. 54
  55. 55
  56. 56
  57. 57
  58. 58
  59. 59
  60. 60
  61. 61
  62. 62
  63. 63
  64. 64
  65. 65
  66. 66
  67. 67
  68. 68
  69. 69
  70. 70
  71. 71
  72. 72
  73. 73
  74. 74
  75. 75
  76. 76
  77. 77
  78. 78
  79. 79
  80. 80
  81. 81
  82. 82
  83. 83
  84. 84
  85. 85
  86. 86
  87. 87
  88. 88
  89. 89
  90. 90
  91. 91
  92. 92
  93. 93
  94. 94
  95. 95
  96. 96
  97. 97
  98. 98
  99. 99
  100. 100
  101. 101
  102. 102
  103. 103
  104. 104
  105. 105
  106. 106
  107. 107
  108. 108
  109. 109
  110. 110
  111. 111
  112. 112
  113. 113
  114. 114
  115. 115
  116. 116
  117. 117
  118. 118
  119. 119
  120. 120
  121. 121
  122. 122
  123. 123
  124. 124
  125. 125
  126. 126
  127. 127
  128. 128
  129. 129
  130. 130
  131. 131
  132. 132
  133. 133
  134. 134
  135. 135
  136. 136
  137. 137
  138. 138
  139. 139
  140. 140
  141. 141
  142. 142
  143. 143
  144. 144
  145. 145
  146. 146
  147. 147
  148. 148
  149. 149
  150. 150

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 66 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

Lagu Pujian dan Kesyukuran

1. Untuk pemimpin koir. Sebuah lagu.Pujilah Allah dengan sorakan keriangan, hai umat manusia!

2. Bernyanyilah dan muliakanlah nama-Nya;hormatilah dan pujilah Dia!

3. Berkatalah kepada Allah, “Sungguh menakjubkan segala perbuatan-Mu!Kuasa-Mu begitu besar sehingga musuh tunduk ketakutan di hadapan-Mu.

4. Semua orang di bumi menyembah Engkau;mereka bernyanyi untuk memuji nama-Mu.”

5. Marilah dan lihatlah apa yang telah dilakukan Allah,perbuatan-Nya yang ajaib antara manusia.

6. Dia mengubah laut menjadi tanah kering,dan nenek moyang kami berjalan kaki menyeberanginya.Di sana kami bersukacita kerana perbuatan-Nya.

7. Dia memerintah dengan perkasa selama-lamanya,dan Dia mengawasi bangsa-bangsa.Janganlah sesiapa memberontak terhadap Dia!

8. Pujilah Allah kami, hai semua bangsa,biarlah orang mendengar pujian kamu kepada-Nya.

9. Dia telah memelihara kami supaya tidak dibinasakan,dan Dia tidak membiarkan kami dikalahkan.

10. Ya Allah, Engkau telah menguji kami,umpama perak dimurnikan dengan api.

11. Engkau membiarkan kami jatuh ke dalam perangkapdan memberi kami beban yang sangat berat.

12. Engkau membiarkan musuh memijak-mijak kami;kami melalui banjir dan api,tetapi kini Engkau telah membawa kamike tempat yang makmur.

13. Aku akan membawa korban ke Rumah-Mu;aku akan menepati janjiku kepada-Mu,

14. janji yang aku ucapkan,ketika aku dalam kesusahan.

15. Aku akan mempersembahkan ternakan yang digemukkan untuk dibakar di atas mazbah;aku akan mempersembahkan korban lembu jantan dan kambing,lalu asapnya akan naik ke langit.

16. Marilah dan dengarlah, hai semua orang yang menghormati Allah,aku akan menceritakan apa yang telah dilakukan-Nya untuk aku.

17. Aku berseru minta tolong kepada-Nya;aku menyanyi dan memuji Dia.

18. Andaikata aku membiarkan dosa dalam hatiku,pasti Tuhan tidak akan mendengar aku.

19. Tetapi sesungguhnya Allah sudah mendengar aku;Dia telah mengabulkan doaku.

20. Aku memuji Allah, kerana Dia tidak menolak doaku,dan tidak berhenti mengasihi aku.