Bab

  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16
  17. 17
  18. 18
  19. 19
  20. 20
  21. 21
  22. 22
  23. 23
  24. 24
  25. 25
  26. 26
  27. 27
  28. 28
  29. 29
  30. 30
  31. 31
  32. 32
  33. 33
  34. 34
  35. 35
  36. 36
  37. 37
  38. 38
  39. 39
  40. 40
  41. 41
  42. 42
  43. 43
  44. 44
  45. 45
  46. 46
  47. 47
  48. 48
  49. 49
  50. 50
  51. 51
  52. 52
  53. 53
  54. 54
  55. 55
  56. 56
  57. 57
  58. 58
  59. 59
  60. 60
  61. 61
  62. 62
  63. 63
  64. 64
  65. 65
  66. 66
  67. 67
  68. 68
  69. 69
  70. 70
  71. 71
  72. 72
  73. 73
  74. 74
  75. 75
  76. 76
  77. 77
  78. 78
  79. 79
  80. 80
  81. 81
  82. 82
  83. 83
  84. 84
  85. 85
  86. 86
  87. 87
  88. 88
  89. 89
  90. 90
  91. 91
  92. 92
  93. 93
  94. 94
  95. 95
  96. 96
  97. 97
  98. 98
  99. 99
  100. 100
  101. 101
  102. 102
  103. 103
  104. 104
  105. 105
  106. 106
  107. 107
  108. 108
  109. 109
  110. 110
  111. 111
  112. 112
  113. 113
  114. 114
  115. 115
  116. 116
  117. 117
  118. 118
  119. 119
  120. 120
  121. 121
  122. 122
  123. 123
  124. 124
  125. 125
  126. 126
  127. 127
  128. 128
  129. 129
  130. 130
  131. 131
  132. 132
  133. 133
  134. 134
  135. 135
  136. 136
  137. 137
  138. 138
  139. 139
  140. 140
  141. 141
  142. 142
  143. 143
  144. 144
  145. 145
  146. 146
  147. 147
  148. 148
  149. 149
  150. 150

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 109 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

Sungutan Orang dalam Kesusahan

1. Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud.Ya Allah yang selalu kupuji,janganlah berdiam diri!

2. Orang jahat dan pendusta memfitnah aku,mereka bercakap dusta tentang aku.

3. Mereka menyerang aku dengan kata-kata penuh kebencian,dan menuduh aku tanpa sebarang alasan.

4. Mereka menuduh aku, walaupun aku mengasihi mereka,dan telah mendoakan mereka.

5. Mereka membalas kebaikanku dengan kejahatan,dan kasihku dengan kebencian.

6. Pilihlah seorang jahat untuk menghakimi musuhku,dan biarlah musuh itu didakwa oleh lawannya sendiri.

7. Biarlah dia dihakimi dan didapati bersalah,dan doanya pun dianggap dosa.

8. Biarlah hidupnya berakhir segera,dan jawatannya diambil oleh orang lain.

9. Biarlah anak-anaknya menjadi yatim,dan isterinya menjadi balu.

10. Biarlah anak-anaknya menjadi pengemis yang tiada tempat berteduh,dan dihalau dari runtuhan yang didiami mereka.

11. Biarlah si piutang merampas segala harta musuhku,dan orang lain menjarah hasil jerihnya.

12. Biarlah tiada orang yang baik hati kepadanya,atau menyayangi anak-anaknya yang menjadi yatim.

13. Biarlah semua keturunannya binasa,dan namanya dilupakan oleh generasi selanjutnya.

14. Biarlah TUHAN mengingati kejahatan nenek moyangnya,dan tidak mengampunkan dosa ibunya.

15. Biarlah TUHAN sentiasa mengingati dosa mereka,tetapi mereka sama sekali dilupakan oleh orang di bumi.

16. Musuhku itu tidak pernah berniat untuk berbuat baik;dia menganiaya dan membunuhorang yang miskin, yang sengsara, dan yang tidak berdaya.

17. Dia suka mengutuk;biarlah dia sendiri dikutuk!Dia tidak suka memberkati orang;biarlah tidak seorang pun memberkati dia!

18. Dia lebih sering mengutuk orang daripada mengganti pakaian;biarlah kutuk itu masuk ke badannya seperti air yang diminumnya,dan menyerap seperti minyak ke dalam tulang-tulangnya.

19. Biarlah kutuk itu menutupinya seperti pakaian,dan sentiasa membelitnya seperti tali pinggang.

20. Ya TUHAN, hukumlah musuhku dengan cara itu,mereka yang mengatakan hal jahat tentang aku.

21. Tetapi tolonglah aku, ya TUHAN Raja, menurut janji-Mu,dan selamatkanlah aku kerana kebaikan dan kasih-Mu.

22. Aku miskin dan sengsara;hatiku sangat luka.

23. Aku hampir lenyap seperti bayangan pada waktu petang;aku dikebas seperti belalang.

24. Lututku gementar kerana berpuasa;badanku tinggal kulit dan tulang.

25. Apabila orang melihat aku, mereka mengejek aku;mereka menggeleng-gelengkan kepala sambil menghina aku.

26. Tolonglah aku, ya TUHAN, Allahku;selamatkanlah aku kerana kasih-Mu.

27. Hendaklah musuhku tahu bahawa hal itu perbuatan-Mu,bahawa Engkaulah yang menyelamatkan aku.

28. Walaupun mereka mengutuk aku,tetapi Engkau memberkati aku.Biarlah mereka yang menganiaya aku dikalahkan,dan semoga aku, hamba-Mu, digembirakan.

29. Biarlah musuhku dihina,dan perasaan malu menyelubungi mereka seperti jubah.

30. Aku akan bersyukur kepada TUHAN dengan suara nyaring;aku akan memuji Dia dalam perhimpunan umat,

31. kerana Dia membela orang sengsara dan menyelamatkan merekadaripada orang yang menjatuhi mereka hukuman mati.