1. Untuk pemimpin koir. Mazmur oleh Daud, ketika mempersembahkan korban peringatan.
2. Ya Allah, selamatkanlah aku!TUHAN, cepatlah tolong aku!
3. Biarlah mereka yang cuba membunuh akudikalahkan dan dibingungkan.Biarlah mereka yang gembira kerana kesusahankudipukul mundur dan dipermalukan.
4. Biarlah mereka yang mengejek akuterkejut dan malu kerana dikalahkan.
5. Semoga semua orang yang datang kepada-Mubergembira dan bersukacita.Semoga semua orang yang bersyukur kerana penyelamatan-Musentiasa berkata, “Betapa agungnya Allah!”
6. Aku miskin dan lemah;datanglah segera kepadaku, ya Allah.Engkaulah penolongku dan penyelamatku,janganlah berlengah, ya TUHAN!