Bab

  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16
  17. 17
  18. 18
  19. 19
  20. 20
  21. 21
  22. 22
  23. 23
  24. 24
  25. 25
  26. 26
  27. 27
  28. 28
  29. 29
  30. 30
  31. 31
  32. 32
  33. 33
  34. 34
  35. 35
  36. 36
  37. 37
  38. 38
  39. 39
  40. 40
  41. 41
  42. 42
  43. 43
  44. 44
  45. 45
  46. 46
  47. 47
  48. 48
  49. 49
  50. 50
  51. 51
  52. 52
  53. 53
  54. 54
  55. 55
  56. 56
  57. 57
  58. 58
  59. 59
  60. 60
  61. 61
  62. 62
  63. 63
  64. 64
  65. 65
  66. 66
  67. 67
  68. 68
  69. 69
  70. 70
  71. 71
  72. 72
  73. 73
  74. 74
  75. 75
  76. 76
  77. 77
  78. 78
  79. 79
  80. 80
  81. 81
  82. 82
  83. 83
  84. 84
  85. 85
  86. 86
  87. 87
  88. 88
  89. 89
  90. 90
  91. 91
  92. 92
  93. 93
  94. 94
  95. 95
  96. 96
  97. 97
  98. 98
  99. 99
  100. 100
  101. 101
  102. 102
  103. 103
  104. 104
  105. 105
  106. 106
  107. 107
  108. 108
  109. 109
  110. 110
  111. 111
  112. 112
  113. 113
  114. 114
  115. 115
  116. 116
  117. 117
  118. 118
  119. 119
  120. 120
  121. 121
  122. 122
  123. 123
  124. 124
  125. 125
  126. 126
  127. 127
  128. 128
  129. 129
  130. 130
  131. 131
  132. 132
  133. 133
  134. 134
  135. 135
  136. 136
  137. 137
  138. 138
  139. 139
  140. 140
  141. 141
  142. 142
  143. 143
  144. 144
  145. 145
  146. 146
  147. 147
  148. 148
  149. 149
  150. 150

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 40 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

Doa Kesyukuran

1. Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud.

2. Aku menanti pertolongan TUHAN dengan sabar,lalu Dia memperhatikan aku dan mendengar seruanku.

3. Dia menarik aku dari lubang yang berbahaya,dari paya yang berlumpur.Dia meletakkan aku di atas batusehingga langkahku kukuh.

4. Dia mengajar aku menyanyi lagu yang baru,lagu pujian untuk Allah kita.Banyak orang yang melihat perkara ini akan menjadi takutlalu percaya kepada TUHAN.

5. Berbahagialah orang yang percaya kepada TUHAN,orang yang tidak menyembah berhalaatau mengikut mereka yang menyembah dewa.

6. Engkau telah melakukan banyak perkara untuk kami,ya TUHAN, Allahku, Engkau tidak ada bandingnya!Engkau telah membuat banyak rancangan yang baik untuk kami,tidak mungkin aku dapat menceritakan segalanya.

7. Engkau tidak mahu korban dan persembahan;Engkau tidak minta korban untuk menyenangkan hati-Mu, dan korban untuk menghapuskan dosa.Tetapi Engkau telah memberi aku telingayang dapat mendengar firman-Mu.

8. Oleh itu aku menyahut, “Inilah aku;arahan-Mu untukku tercatat di dalam kitab Taurat.

9. Aku suka melakukan kehendak-Mu, ya Allahku!Aku menyimpan segala ajaran-Mu dalam hatiku.”

10. Dalam perhimpunan umat-Mu aku menceritakan berita baikbahawa Engkau telah menyelamatkan kami.Dengan tidak hentinya, aku menceritakannya.Ya TUHAN, Engkau mengetahui semuanya.

11. Aku tidak menyimpan berita penyelamatan itu dalam hati;aku selalu menceritakan pertolongan dan kesetiaan-Mu.Dalam perhimpunan umat-Mu, aku tidak pernah berdiam diritentang kesetiaan dan kasih-Mu.

12. Ya TUHAN, janganlah berhenti mengasihani aku;peliharalah aku dengan kasih dan kesetiaan-Mu.

Doa Minta Tolong

13. Aku dikelilingi banyak kesusahan,jumlahnya tidak terkira.Dosa-dosaku telah mengejar aku,sehingga aku tidak dapat melihat.Jumlahnya melebihi rambut di kepalaku,dan aku kehilangan semangat.

14. Ya TUHAN, selamatkanlah aku!Ya TUHAN, cepatlah tolong aku!

15. Biarlah mereka yang cuba membunuh akudikalahkan dan dibingungkan.Biarlah mereka yang gembira kerana kesusahanku,dipukul mundur dan dipermalukan.

16. Biarlah mereka yang mengejek akuterkejut dan malu kerana dikalahkan.

17. Semoga semua orang yang datang kepada-Mubergembira dan bersukacita!Semoga mereka yang bersyukur bagi penyelamatan-Musentiasa berkata, “Sungguh agungnya TUHAN!”

18. Aku lemah dan tidak berdaya;tetapi Engkau, ya Tuhan, mengingati aku.Engkaulah penolong dan penyelamatku;cepatlah datang menolong aku, ya Allahku!