Bab

  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16
  17. 17
  18. 18
  19. 19
  20. 20
  21. 21
  22. 22
  23. 23
  24. 24
  25. 25
  26. 26
  27. 27
  28. 28
  29. 29
  30. 30
  31. 31
  32. 32
  33. 33
  34. 34
  35. 35
  36. 36
  37. 37
  38. 38
  39. 39
  40. 40
  41. 41
  42. 42
  43. 43
  44. 44
  45. 45
  46. 46
  47. 47
  48. 48
  49. 49
  50. 50
  51. 51
  52. 52
  53. 53
  54. 54
  55. 55
  56. 56
  57. 57
  58. 58
  59. 59
  60. 60
  61. 61
  62. 62
  63. 63
  64. 64
  65. 65
  66. 66
  67. 67
  68. 68
  69. 69
  70. 70
  71. 71
  72. 72
  73. 73
  74. 74
  75. 75
  76. 76
  77. 77
  78. 78
  79. 79
  80. 80
  81. 81
  82. 82
  83. 83
  84. 84
  85. 85
  86. 86
  87. 87
  88. 88
  89. 89
  90. 90
  91. 91
  92. 92
  93. 93
  94. 94
  95. 95
  96. 96
  97. 97
  98. 98
  99. 99
  100. 100
  101. 101
  102. 102
  103. 103
  104. 104
  105. 105
  106. 106
  107. 107
  108. 108
  109. 109
  110. 110
  111. 111
  112. 112
  113. 113
  114. 114
  115. 115
  116. 116
  117. 117
  118. 118
  119. 119
  120. 120
  121. 121
  122. 122
  123. 123
  124. 124
  125. 125
  126. 126
  127. 127
  128. 128
  129. 129
  130. 130
  131. 131
  132. 132
  133. 133
  134. 134
  135. 135
  136. 136
  137. 137
  138. 138
  139. 139
  140. 140
  141. 141
  142. 142
  143. 143
  144. 144
  145. 145
  146. 146
  147. 147
  148. 148
  149. 149
  150. 150

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 147 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

Pujian untuk Allah Yang Maha Kuasa

1. Pujilah TUHAN!Memang baik kita menyanyikan lagu pujian untuk Allah kita;memang elok dan patut kita memuji Dia.

2. TUHAN sedang memulihkan Yerusalem;Dia sedang membawa orang Israel kembali dari pembuangan.

3. Dia menyembuhkan orang yang hancur hati,dan membalut luka mereka.

4. Dia telah menentukan jumlah bintang,dan memberikan nama setiap bintang.

5. Sungguh agung dan perkasa Tuhan kita;kebijaksanaan-Nya tidak terhingga.

6. Dia memberikan kuasa kepada orang yang tertindas,tetapi Dia mengalahkan dan mempermalukan orang jahat.

7. Nyanyikanlah lagu pujian untuk TUHAN,dan mainkanlah kecapi untuk Allah kita.

8. Dia membentangkan awan di langit;Dia menurunkan hujan ke bumi,dan menumbuhkan rumput di bukit.

9. Dia memberikan makanan kepada binatang,dan kepada anak burung gagak yang menciap-ciap.

10. Dia tidak suka akan kuda yang kuat,ataupun askar yang berani;

11. tetapi Dia suka akan orang yang menghormati-Nya,orang yang yakin kepada kasih-Nya yang kekal.

12. Pujilah TUHAN, hai Yerusalem!Pujilah Allahmu, hai Sion!

13. Dia menguatkan pintu gerbangmu;Dia memberkati umatmu.

14. Dia menjaga keamanan negerimudan memuaskan engkau dengan gandum yang terbaik.

15. Dia memberikan perintah kepada bumi,dan firman-Nya dilaksanakan dengan segera.

16. Dia meliputi tanah dengan salji seperti menghamparkan selimut,Dia menghamburkan embun beku seperti menghamburkan debu.

17. Dia menurunkan hujan batu seperti kerikil;tiada sesiapa pun tahan menghadapi kesejukan itu.

18. Kerana firman-Nya, air batu menjadi cair;Dia meniupkan angin, maka air pun mengalir.

19. Dia memberikan firman-Nya kepada umat-Nya,peraturan dan hukum-Nya kepada Israel.

20. Dia tidak berbuat demikian bagi bangsa lain;mereka tidak mengenal hukum-Nya.Pujilah TUHAN!