Bab

  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16
  17. 17
  18. 18
  19. 19
  20. 20
  21. 21
  22. 22
  23. 23
  24. 24
  25. 25
  26. 26
  27. 27
  28. 28
  29. 29
  30. 30
  31. 31
  32. 32
  33. 33
  34. 34
  35. 35
  36. 36
  37. 37
  38. 38
  39. 39
  40. 40
  41. 41
  42. 42
  43. 43
  44. 44
  45. 45
  46. 46
  47. 47
  48. 48
  49. 49
  50. 50
  51. 51

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Sirakh 39 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Tetapi lain halnya tentang seorang yang dengan tekun dan rajin mempelajari hukum Allah Yang Maha Tinggi. Dia menyelidik kebijaksanaan orang pada zaman dahulu dan sibuk mendalami nubuat-nubuat.

2. Dia menghafalkan ajaran orang terkenal dan menyelami selok-belok perumpamaan.

3. Dia menyelidik erti yang tersembunyi dalam peribahasa dan dapat menghuraikan bahagian-bahagian yang sukar dalam perumpamaan.

4. Dia berkhidmat di kalangan orang terkemuka dan tampil di hadapan para penguasa. Dia menjelajah negeri-negeri asing kerana ingin tahu apa yang baik dan yang jahat untuk manusia.

5. Dia bangun pagi-pagi dan berdoa kepada Tuhan Penciptanya. Dengan suara lantang dia berdoa kepada Yang Maha Tinggi supaya mengampunkan dosa-dosanya.

6. Kalau diperkenan Tuhan yang agung, dia akan dipenuhi dengan pengertian. Kata-kata bijaksana mengalir dari mulutnya dan dia bersyukur kepada Tuhan dalam doa.

7. Dia akan mempunyai pengetahuan dan penilaian yang tepat, dan memikirkan rahsia-rahsia Tuhan.

8. Dia menunjukkan ajaran yang telah diberikan kepadanya, dan kebanggaannya ialah Taurat dan perjanjian Tuhan.

9. Pengertiannya akan dipuji oleh banyak orang, dan dia tidak akan dilupakan oleh sebab namanya diingat turun-temurun.

10. Kebijaksanaannya akan diceritakan oleh bangsa-bangsa lain, dan dia akan dipuji dalam kumpulan umat.

11. Kalau dia panjang umur, dia meninggalkan nama yang sangat harum, tetapi kalau dia meninggal sebelum menjadi terkemuka, hal itu cukup baginya.

Pujian bagi Allah

12. Masih banyak buah fikiran yang hendak kusampaikan, oleh sebab aku penuh seperti bulan purnama.

13. Dengarlah aku, hai anak-anakku yang salih; berkembanglah seperti pokok mawar di tepi sungai.

14. Mekarlah seperti bunga bakung dan biarlah harummu memenuhi udara seperti kemenyan. Nyanyikanlah lagu pujian bagi Tuhan dan bersyukurlah kepada-Nya atas segala perbuatan-Nya.

15. Wartakanlah keagungan-Nya dengan pujian penuh syukur. Nyanyikanlah lagu ini dengan iringan kecapi:

16. Sungguh indah semua perbuatan Tuhan;segala perintah-Nya terlaksana pada waktunya.

17. Jangan bertanya, “Apa ini? Mengapa begitu?”Semua itu akan dijawab pada waktunya.Dengan perintah-Nya air bertimbun seperti bendungan;kerana firman-Nya air berkumpul di dalam kolam.

18. Dengan perintah-Nya terjadilah segala yang berkenan kepada-Nya;karya penyelamatan-Nya tidak ada batasnya.

19. Dia melihat perbuatan semua makhluk;tidak ada yang tersembunyi bagi-Nya.

20. Dari permulaan hingga akhir zaman Dia berkekalan memandanginya;tidak ada yang luar biasa bagi-Nya.

21. Jangan bertanya, “Apa ini? Mengapa begitu?”Seluruh ciptaan ada tujuannya.

22. Berkat-Nya melimpah seperti sungai,seperti luapan air menggenang tanah kering.

23. Dia menimpakan kemurkaan-Nya terhadap bangsa-bangsa,seperti ketika Dia mengubah air tawar menjadi masin.

24. Jalan-jalan Tuhan rata bagi orang yang salih,tetapi penuh rintangan bagi orang jahat.

25. Sejak semula Dia mengadakan yang baik bagi orang baikdan yang buruk bagi orang yang berdosa.

26. Inilah keperluan utama bagi manusia:air, api, besi dan garam,gandum, susu dan madu,wain, minyak dan pakaian.

27. Semua itu baik bagi orang yang bertakwa,tetapi menjadi buruk bagi orang yang berdosa.

28. Ada angin yang diciptakan untuk menjatuhkan hukuman,yang membadai dan mendera dengan dahsyatnya.Pada waktu penghakiman lepaslah segala kekuatannya,meredakan kemurkaan Penciptanya.

29-30. Binatang buas, kala jengking dan ular tedung,pedang yang membinasakan orang jahat,api, hujan batu, wabak dan kelaparan,semua itu diciptakan sebagai hukuman.

31. Semua suka melakukan perintah Tuhandan siap melaksanakan tugas di bumi.Apabila tiba saatnya untuk bertindak,semuanya tidak pernah menolak.

32. Sejak semula aku sudah yakin benar, dan setelah memikirkannya, aku menulisnya:

33. Perbuatan Tuhan baik semuanya;Dia memenuhi setiap keperluan pada waktunya.

34. Tidak dapat dikatakan yang satu lebih buruk daripada yang lain,oleh sebab semua ternyata baik pada saatnya.

35. Sekarang bernyanyilah dengan sepenuh hatidan pujilah Tuhan dengan suara lantang.