Bab

  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16
  17. 17
  18. 18
  19. 19
  20. 20
  21. 21
  22. 22
  23. 23
  24. 24
  25. 25
  26. 26
  27. 27
  28. 28
  29. 29
  30. 30
  31. 31
  32. 32
  33. 33
  34. 34
  35. 35
  36. 36
  37. 37
  38. 38
  39. 39
  40. 40
  41. 41
  42. 42
  43. 43
  44. 44
  45. 45
  46. 46
  47. 47
  48. 48
  49. 49
  50. 50
  51. 51

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Sirakh 19 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Seorang buruh yang pemabuk tidak akan menjadi kaya, dan orang yang tidak menghargai hal kecil, lambat-laun jatuh miskin.

2. Minuman keras dan perempuan menyesatkan orang bijaksana, dan orang yang bergaul dengan pelacur menjadi semakin kurang berhati-hati.

3. Akhirnya sikap yang kurang berhati-hati membawa mereka kepada maut dan badan mereka yang membusuk menjadi makanan cacing.

Bahaya Bersembang

4. Bodohlah orang yang terlalu cepat percaya kepada orang lain. Orang yang berdosa merugikan diri sendiri.

5. Orang yang suka berbuat jahat akan dihukum.

6. Orang yang benci mengumpat terhindar daripada kesukaran.

7. Jangan sebarkan apa yang dikatakan kepada kamu, maka engkau tidak akan menyesal.

8. Jangan ceritakannya kepada kawan mahupun lawan, kecuali kalau dengan berdiam diri engkau berdosa.

9. Hal itu demikian kerana orang yang mendengar cakapan itu akan berhati-hati terhadap engkau, dan pada suatu saat akan membenci engkau.

10. Jika engkau mendengar khabar angin, simpanlah dalam hati sampai engkau mati. Jangan khuatir, engkau tidak akan meledak kerananya.

11. Orang bodoh yang mahu menyimpan rahsia menderita seperti seorang wanita yang sakit bersalin.

12. Suatu berita dalam hati orang bodoh seperti anak panah yang menancap di kaki mereka.

Menegur Kawan

13. Jika engkau mendengar bahawa sahabatmu telah berbuat salah, tanyakanlah kepadanya. Barangkali hal itu tidak benar. Tetapi kalau benar, dia tidak akan melakukannya lagi.

14. Jika engkau mendengar bahawa jiranmu telah mengatakan sesuatu yang tidak baik, tanyakanlah kepadanya. Barangkali hal itu tidak benar. Tetapi kalau benar, dia tidak akan mengatakannya lagi.

15. Jika engkau mendengar sesuatu yang buruk tentang kawanmu, tanyakanlah kepadanya. Barangkali hal itu fitnah. Jangan percaya segala sesuatu yang kaudengar.

16. Boleh jadi seseorang salah cakap dan bukan hal itu yang dimaksudkannya. Siapa antara kita tidak pernah bersalah dengan lidahnya?

17. Jika engkau mendengar sesuatu yang buruk tentang sesamamu, tanyakanlah kepadanya sebelum engkau mengancam dia. Biarlah perkara itu sesuai dengan hukum Allah Yang Maha Tinggi.

Kebijaksanaan yang Palsu dan yang Sejati

20. Seluruh kebijaksanaan sama dengan ketakutan kepada Tuhan dan mencakup pelaksanaan hukum Tuhan.

22. Orang tidak menjadi bijaksana dengan mengenal yang jahat, dan orang yang berhati-hati tidak mengikut nasihat orang yang berdosa.

23. Ada kepintaran yang digunakan untuk maksud jahat, dan ada orang bodoh yang kurang bijaksana.

24. Lebih baik menjadi kurang pandai tetapi bertakwa, daripada sangat pintar tetapi menjadi pelanggar hukum.

25. Ada orang yang pintar dan teliti tetapi tidak adil, dan ada pula yang memutarbalikkan kebaikan untuk memenangkan perkaranya.

26. Ada seorang penjahat yang berjalan membongkok dengan muka sedih, tetapi hatinya penuh penipuan.

27. Dia memalingkan mukanya dan pura-pura tidak mendengar, tetapi tanpa diketahui dia mengambil keuntungan daripadamu.

28. Kalau kerana suatu hal dia terhalang untuk berdosa pada saat ini, dia akan melakukannya dengan segera apabila ada kesempatan.

29. Seorang dikenal daripada rupa lahirnya, dan orang bijaksana dikenal daripada air muka mereka.

30. Keperibadian seseorang dapat diketahui daripada cara dia berpakaian, tertawa, dan berjalan.