Bab

  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16
  17. 17
  18. 18
  19. 19
  20. 20
  21. 21
  22. 22
  23. 23
  24. 24
  25. 25
  26. 26
  27. 27
  28. 28
  29. 29
  30. 30
  31. 31
  32. 32
  33. 33
  34. 34
  35. 35
  36. 36
  37. 37
  38. 38
  39. 39
  40. 40
  41. 41
  42. 42
  43. 43
  44. 44
  45. 45
  46. 46
  47. 47
  48. 48
  49. 49
  50. 50
  51. 51

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Sirakh 32 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Jika engkau dijadikan pemimpin perjamuan, jangan berlagak seperti orang penting. Berbuatlah seperti orang lain dan layanilah tamu-tamu sebelum engkau sendiri duduk.

2. Sesudah melakukan semua kewajipanmu, barulah engkau boleh duduk dan bersenang-senang bersama dengan yang lain. Maka engkau akan dihormati kerana menjalankan tugasmu dengan baik.

3. Jika engkau sudah tua, engkau boleh bercakap, kerana hal itu hakmu. Tetapi kamu hendaklah bercakap seperti orang yang berpengetahuan dan jangan ganggu muzik.

4. Jangan bercakap sementara hiburan berlangsung; saat itu tidak tepat untuk menunjukkan kebijaksanaanmu.

5. Seperti batu delima dalam bingkai emas, begitulah muzik pada pesta wain.

6. Muzik yang dinikmati bersama dengan wain manis seperti batu zamrud dalam bingkai emas.

7. Jika engkau masih muda, bercakaplah seperlunya sahaja, tidak lebih daripada dua kali, dan hanya kalau ditanya.

8. Percakapanmu hendaknya singkat dan tepat. Jadilah orang yang tahu banyak tetapi berdiam diri.

9. Di hadapan orang terkemuka, jangan berbuat seolah-olah engkau setara dengan mereka, dan jangan terus berborak kalau orang lain sedang bercakap.

10. Seperti halilintar mendahului guruh, begitu juga nama baik mendahului orang yang rendah hati.

11. Tinggalkanlah pesta pada waktunya dan jangan balik paling akhir. Jangan menunggu-nunggu di pintu, tetapi beranjaklah dengan segera.

12. Di rumahmu engkau dapat bersenda gurau dan berbuat sekehendak hatimu, tetapi jangan berdosa kerana berbual.

13. Selain itu bersyukurlah kepada Penciptamu yang telah melimpahi engkau dengan anugerah-anugerah yang baik.

Cara Mentafsirkan Hukum Allah

14. Orang yang takut kepada Tuhan menerima teguran-Nya. Tuhan memberkati orang yang bangun pagi-pagi untuk berdoa kepada-Nya.

15. Sesiapa yang menyelidiki Taurat akan diresapi oleh Taurat. Tetapi orang yang berpura-pura akan jatuh kerananya.

16. Orang yang takut kepada Tuhan tahu apa yang tepat, dan mereka terkenal kerana perbuatan yang baik.

17. Orang yang berdosa tidak mahu menerima teguran, dan mentafsirkan Taurat menurut kemahuan sendiri.

18. Orang yang arif mempertimbangkan setiap pendapat, sedangkan orang yang sangat sombong dan orang yang bongkak tidak tahu erti malu.

19. Berfikirlah sebelum bertindak, maka engkau tidak perlu menyesali perbuatanmu.

20. Jangan tempuh jalan yang bahaya supaya engkau tidak tersandung pada batu-batunya.

21. Jangan berasa terlalu yakin di jalan yang belum dikenal.

22. Awasilah selalu jalan-jalan yang kautempuh.

23. Berwaspadalah dalam segala tindakanmu; dengan demikian engkau melakukan perintah Tuhan.

24. Orang yang percaya kepada hukum melakukan perintah Tuhan, dan orang yang percaya kepada Tuhan tidak mendapat rugi.