Bab

  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16
  17. 17
  18. 18
  19. 19
  20. 20
  21. 21
  22. 22
  23. 23
  24. 24
  25. 25
  26. 26
  27. 27
  28. 28
  29. 29
  30. 30
  31. 31
  32. 32
  33. 33
  34. 34
  35. 35
  36. 36
  37. 37
  38. 38
  39. 39
  40. 40
  41. 41
  42. 42
  43. 43
  44. 44
  45. 45
  46. 46
  47. 47
  48. 48
  49. 49
  50. 50
  51. 51

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Sirakh 18 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

Kebesaran Tuhan

1. Tuhan yang hidup selama-lamanya menciptakan alam semesta.

2. Hanya Dialah yang dinyatakan benar.

4. Tidak seorang pun diberi-Nya kuasa untuk mewartakan karya Tuhan dan tidak seorang pun dapat menyelami perbuatan-Nya yang agung.

5. Siapa dapat mengukur kekuasaan-Nya yang hebat? Siapa pula dapat mengisahkan semua perbuatan-Nya yang penuh belas kasihan?

6. Kita tidak dapat menambah atau menguranginya. Keajaiban-keajaiban Tuhan tidak dapat diselami.

7. Kalau kita mengakhiri kisahnya, kita sebenarnya belum bermula; kita berhenti kerana kebingungan mencari kata-kata.

Manusia Tidak Bererti

8. Apakah manusia itu dan apa guna mereka? Apa erti kebaikan dan kejahatan yang dilakukan mereka?

9. Umur manusia paling banyak seratus tahun.

10. Dibandingkan dengan keabadian, tahun-tahun itu seperti setitik air di samudera atau seperti sebutir pasir.

11. Itulah sebabnya Tuhan amat sabar terhadap kita dan berlimpah-limpah belas kasihan-Nya.

12. Dia melihat kita dan mengetahui betapa buruknya kesudahan kita, oleh itu Dia memberi kita pengampunan yang berlimpah.

13. Manusia hanya dapat mengasihani sesama mereka, sedangkan Tuhan mengasihani seluruh umat manusia. Dia menegur, menertibkan, dan mengajar kita. Dia menuntun kita pulang kepada-Nya seperti gembala memelihara domba mereka.

14. Dia mengasihani kita apabila kita menerima bimbingan-Nya dan ingin menerima keputusan-Nya.

Kebaikan dan Kasih

15. Anakku, jangan tolong orang sambil memarahi mereka. Kalau engkau berbuat amal, jangan disertai kata-kata yang menyakiti hati.

16. Kata-katamu seperti embun yang memberi kesejukan dalam panas terik dan lebih berharga daripada pemberian.

17. Kata-kata yang tepat lebih berharga daripada hadiah yang bagus. Tetapi orang yang dermawan memberi kedua-duanya.

18. Orang yang bodoh tidak memberi, malah mencaci maki. Pemberian yang disertai rasa marah tidak akan membuat orang senang.

Menyelidiki Diri

19. Belajarlah sebelum bercakap dan jagalah kesihatanmu sebelum jatuh sakit.

20. Periksalah batinmu sebelum engkau diadili Tuhan, supaya apabila saat itu tiba engkau mendapat pengampunan.

21. Rendahkanlah dirimu sebelum engkau dihukum dengan penyakit. Apabila engkau berdosa, nyatakanlah bahawa engkau bertaubat.

22. Jika engkau membuat janji kepada Tuhan, penuhilah janji itu tepat pada waktunya dan jangan tundanya hingga engkau mati.

23. Tetapi sebelum membuat janji, bersiaplah untuk menepatinya dan jangan cubai kesabaran Tuhan.

24. Ingatlah akan kemurkaan Tuhan pada hari kematianmu dan akan pembalasan-Nya pada saat Dia membelakangi engkau.

25. Pada waktu engkau kaya dan berkelimpahan, ingatlah akan masa kelaparan dan kemiskinan.

26. Keadaan dapat berubah dalam waktu satu hari sahaja. Semuanya berlangsung dengan cepat di hadapan Tuhan.

27. Orang bijaksana berhati-hati dalam semua perbuatan mereka. Di tengah-tengah orang yang berdosa mereka berwaspada supaya tidak berbuat salah.

28. Setiap orang arif mengenal kebijaksanaan dan memuji orang yang telah menemukan kebijaksanaan itu.

29. Orang yang memahami pepatah menjadi bijaksana dan mengucapkan banyak pepatah yang tepat.

Menguasai Diri Sendiri

30. Jangan dikuasai oleh keinginan-keinginanmu, tetapi kuasailah segala nafsumu.

31. Jika engkau mencari kepuasan dalam segala keinginanmu, engkau menjadi bahan tertawaan musuhmu.

32. Jangan cari kesenangan dalam hidup mewah dan jangan ikat diri untuk ikut membayar perbelanjaannya.

33. Jika engkau tidak mempunyai wang, janganlah meminjam untuk mengadakan pesta supaya engkau tidak jatuh miskin.