Bab

  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16
  17. 17
  18. 18
  19. 19
  20. 20
  21. 21
  22. 22
  23. 23
  24. 24
  25. 25
  26. 26
  27. 27
  28. 28
  29. 29
  30. 30
  31. 31
  32. 32
  33. 33
  34. 34
  35. 35
  36. 36
  37. 37
  38. 38
  39. 39
  40. 40
  41. 41
  42. 42
  43. 43
  44. 44
  45. 45
  46. 46
  47. 47
  48. 48
  49. 49
  50. 50
  51. 51

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Sirakh 2 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

Kesetiaan kepada Allah

1. Anakku, jika engkau mahu mengabdi kepada Tuhan, engkau harus bersiap sedia untuk menghadapi pengujian.

2. Tabahkanlah dan teguhkanlah hatimu; jangan gelisah apabila menemui kesukaran.

3. Hendaklah engkau tetap setia kepada Tuhan dan jangan berpaling daripada-Nya, supaya engkau bahagia pada akhir hidupmu.

4. Terimalah apa sahaja yang menimpa dirimu, dan hendaklah engkau sabar, sekalipun engkau dihina,

5. oleh sebab emas diuji dalam api, dan orang yang dikasihi Tuhan diuji dalam api penghinaan.

6. Percayalah kepada Tuhan, maka Dia akan menolong engkau. Luruskanlah jalan hidupmu dan berharaplah kepada-Nya.

7. Kamu yang takut kepada Tuhan, nantikanlah belas kasihan-Nya. Janganlah berpaling daripada-Nya supaya kamu tidak jatuh.

8. Kamu yang takut kepada Tuhan, percayalah kepada-Nya. Pasti kamu mendapat ganjaran.

9. Kamu yang takut kepada Tuhan, harapkanlah kesejahteraan, belas kasihan, dan sukacita yang kekal.

10. Ingatlah akan generasi yang terdahulu dan perhatikanlah hal ini: adakah Tuhan pernah mengecewakan orang yang berharap kepada-Nya? Pernahkah Tuhan meninggalkan orang yang tetap menghormati-Nya? Pernahkah Tuhan mengabaikan orang yang berdoa kepada-Nya?

11. Tuhan penyayang dan berbelas kasihan; Dia mengampunkan dosa dan menyelamatkan kita pada waktu kesukaran.

12. Tetapi malanglah orang yang ragu-ragu dan lemah. Malanglah orang yang berdosa dan yang tidak jujur.

13. Malanglah orang yang tawar hati kerana tidak percaya, kerana mereka tidak akan mendapat perlindungan.

14. Malanglah kamu kalau tidak tabah. Apakah yang akan kamu lakukan pada waktu Tuhan datang menguji kamu?

15. Orang yang takut kepada Tuhan tidak melanggar perintah-Nya, dan yang mencintai Tuhan hidup menurut kehendak Tuhan.

16. Orang yang takut kepada Tuhan berusaha untuk menyenangkan hati-Nya, dan yang mencintai-Nya, diresapi oleh Taurat.

17. Orang yang takut kepada Tuhan selalu bersiap sedia untuk mengabdi kepada-Nya. Mereka merendahkan diri di hadapan-Nya dan berkata,

18. “Kami serahkan nasib kami ke dalam tangan Tuhan, dan bukan ke dalam tangan manusia, oleh sebab belas kasihan Tuhan sama besarnya dengan kemuliaan-Nya.”