Bab

  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Kidung Agung 2 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Aku bunga mawar di Saron,bunga bakung di lembah gunung.

2. Seperti bunga bakung antara semak berduri,demikianlah sayangku antara puteri.

3. Bagaikan pokok epal antara pokok-pokok hutan,demikianlah sayangku antara kaum lelaki.Aku suka bernaung di bawahnya,buah-buahnya manis rasanya.

4. Dia membawa aku ke dewan pesta,pandangannya padaku penuh cinta.

5. Kuatkanlah aku dengan kismis,segarkanlah aku dengan epal,kerana aku sakit asmara.

6. Tangan kirinya menopang kepalaku,tangan kanannya membelai aku.

7. Berjanjilah,hai puteri-puteri Yerusalem,demi rusa dan kijang di padangbahawa kamu tidak akan mengganggu cinta kami.

Nyanyian Kedua

8. Aku mendengar suara kekasihku.Dia lari kepadaku melalui bukit dan gunung.

9. Kekasihku seperti kijang;dia seperti anak rusa.Di balik tembok dia berdiri,dengan matanya dia menatap,dan mengintip dari kisi-kisi tingkap.

10. Kekasihku berkata-kata kepadaku.Marilah, hai sayangku,marilah jelitaku, marilah.

11. Musim sejuk sudah berlalu;hujan pun sudah berhenti.

12. Bunga di padang sudah mekar.Inilah masanya untuk menyanyi;bunyi tekukur terdengar di padang.

13. Buah ara mula masak;pokok anggur semerbak harum bunganya.Marilah, hai sayangku,marilah jelitaku, marilah.

14. Engkau seperti burung merpatiyang bersembunyi di celah-celah bukit batu.Biarlah kulihat wajahmu yang cantik itu,biarlah kudengar suaramu yang merdu.

15. Tangkaplah rubah-rubah yang kecil itu,rubah yang merosakkan ladang anggur,kerana pokok anggur kita sedang berbunga.

16. Kekasihku kepunyaanku,dan aku kepunyaannya.Dia menggembala dombanya di tengah-tengah bunga bakung

17. sehingga angin fajar bertiup dan kegelapan pun hilang.Kembalilah, hai sayangku,seperti kijang,seperti anak rusa di pergunungan Beter.