Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Yohanes 6:65-71 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

65. Dia berkata lagi, “Itulah sebabnya Aku berkata kepada kamu bahawa tidak seorang pun boleh datang kepada-Ku, kecuali Bapa memperkenankannya.”

66. Sejak itu banyak pengikut Yesus meninggalkan Dia dan tidak mahu mengikut Dia lagi.

67. Oleh itu Yesus bertanya kepada dua belas orang pengikut-Nya, “Adakah kamu pun akan meninggalkan Aku?”

68. Simon Petrus berkata kepada-Nya, “Ya Tuhan, kepada siapakah kami akan pergi? Kata-kata Tuhan memberikan hidup sejati dan kekal.

69. Sekarang kami percaya dan yakin bahawa Tuhan utusan suci daripada Allah.”

70. Yesus menjawab, “Bukankah Aku memilih kamu dua belas orang ini, namun seorang daripada kamu ini syaitan?”

71. Yesus berkata-kata tentang Yudas anak Simon Iskariot. Walaupun Yudas seorang daripada dua belas orang pengikut Yesus, dia akan mengkhianati Yesus.

Baca bab lengkap Yohanes 6