Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Yohanes 4:41-49 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

41. Lebih banyak lagi orang percaya kepada Yesus kerana ajaran-Nya.

42. Mereka berkata kepada wanita itu, “Kami sekarang percaya, bukan kerana apa yang kamu katakan kepada kami, tetapi kerana kami sendiri sudah mendengar Dia dan kami tahu bahawa Dia Penyelamat dunia.”

43. Setelah Yesus tinggal di sana selama dua hari, Dia pergi ke Galilea.

44. Yesus berkata, “Seorang nabi tidak dihormati di negerinya sendiri.”

45. Apabila Dia tiba di Galilea, orang di sana menyambut Dia. Mereka telah melihat segala yang dilakukan-Nya di Yerusalem pada Perayaan Paska.

46. Kemudian Yesus kembali ke Kana di Galilea, tempat Dia pernah mengubah air menjadi wain. Di situ ada seorang pegawai kerajaan; anak lelakinya sedang sakit di Kapernaum.

47. Apabila dia mendengar bahawa Yesus telah datang ke Galilea dari Yudea, dia pergi menjumpai Yesus. Dia meminta Yesus pergi ke Kapernaum dan menyembuhkan anaknya yang hampir meninggal.

48. Tetapi Yesus berkata kepadanya, “Jika kamu semua tidak melihat mukjizat dan perkara yang luar biasa, kamu tidak percaya.”

49. Pegawai itu menjawab, “Tuan, marilah pergi dengan saya sekarang, sebelum anak saya meninggal.”

Baca bab lengkap Yohanes 4