Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Yohanes 4:26-36 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

26. Yesus menjawab, “Akulah Dia; Aku yang sekarang sedang bercakap dengan kamu.”

27. Pada waktu itu, pengikut-pengikut Yesus kembali. Mereka hairan melihat Yesus bercakap dengan seorang wanita. Tetapi tidak seorang pun daripada mereka bertanya kepada wanita itu, “Mahu apa?” atau bertanya kepada Yesus, “Mengapa Guru bercakap dengan wanita ini?”

28. Kemudian wanita itu meninggalkan buyung airnya lalu balik ke bandar dan memberitahu orang di bandar.

29. Dia berkata, “Marilah lihat orang yang memberitahu saya segala sesuatu yang pernah saya lakukan. Mungkinkah dia Penyelamat yang diutus oleh Allah?”

30. Oleh itu penduduk di situ meninggalkan bandar lalu pergi kepada Yesus.

31. Sementara itu pengikut-pengikut-Nya mengajak Yesus makan, “Guru, silalah makan!”

32. Tetapi Yesus menjawab, “Aku mempunyai makanan yang tidak kamu ketahui.”

33. Pengikut-pengikut-Nya mula bertanya sesama sendiri, “Adakah orang sudah membawa makanan untuk-Nya?”

34. Yesus berkata, “Makanan-Ku itu melakukan kehendak Dia yang mengutus Aku, dan menyelesaikan pekerjaan yang diserahkan-Nya kepada-Ku.

35. Kamu berkata, ‘Masih empat bulan lagi sebelum musim menuai.’ Tetapi Aku berkata kepada kamu, pandanglah ladang yang sudah menguning, siap untuk dituai!

36. Orang yang menuai tuaian menerima upah serta mengumpulkan hasil untuk hidup sejati dan kekal. Oleh itu orang yang menabur benih dan orang yang menuai tuaian boleh bergembira bersama-sama.

Baca bab lengkap Yohanes 4