Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Yohanes 4:16-24 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

16. Yesus menjawab, “Pergilah panggil suamimu lalu kembalilah ke sini.”

17. Wanita itu menjawab, “Saya tidak bersuami.”Lalu Yesus berkata, “Betul katamu bahawa kamu tidak bersuami.

18. Kamu sudah berkahwin lima kali, dan lelaki yang tinggal denganmu sekarang ini bukan suamimu. Memang benar katamu.”

19. Wanita itu berkata, “Sekarang saya tahu bahawa tuan seorang nabi.

20. Nenek moyang kami menyembah Allah di gunung ini, tetapi bangsa tuan berkata bahawa hanya di Yerusalem orang dapat menyembah Allah.”

21. Yesus berkata kepadanya, “Percayalah, akan tiba masanya orang tidak lagi menyembah Bapa di gunung ini ataupun di Yerusalem.

22. Kamu orang Samaria sebenarnya tidak mengenal yang kamu sembah; tetapi kami orang Yahudi mengenal yang kami sembah, kerana penyelamatan datang daripada orang Yahudi.

23. Masanya akan tiba, malahan sudah tiba, apabila dengan kuasa Roh Allah orang akan menyembah Bapa sebagai Allah yang benar seperti yang dikehendaki oleh Bapa.

24. Allah itu Roh, dan hanya dengan kuasa Roh Allah orang dapat menyembah Bapa sebagai Allah yang benar.”

Baca bab lengkap Yohanes 4