Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Yohanes 4:14-18 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

14. tetapi sesiapa minum air yang akan Aku berikan kepadanya, dia tidak akan dahaga selama-lamanya. Air yang akan Aku berikan itu menjadi suatu mata air yang memancar di dalam dirinya, dan memberi dia hidup sejati dan kekal.”

15. Wanita itu berkata, “Tuan, berilah saya air itu, supaya saya tidak dahaga lagi dan tidak usah kembali ke sini untuk menimba air.”

16. Yesus menjawab, “Pergilah panggil suamimu lalu kembalilah ke sini.”

17. Wanita itu menjawab, “Saya tidak bersuami.”Lalu Yesus berkata, “Betul katamu bahawa kamu tidak bersuami.

18. Kamu sudah berkahwin lima kali, dan lelaki yang tinggal denganmu sekarang ini bukan suamimu. Memang benar katamu.”

Baca bab lengkap Yohanes 4