Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Yohanes 3:1-4 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Ada seorang pemimpin Yahudi bernama Nikodemus; dia daripada golongan Farisi.

2. Pada suatu malam dia datang kepada Yesus lalu berkata kepada-Nya, “Guru, kami tahu bahawa guru diutus oleh Allah untuk mengajar kami. Tidak seorang pun dapat melakukan mukjizat seperti yang guru lakukan, kecuali Allah menyertai dia.”

3. Yesus menjawab, “Percayalah, tidak seorang pun dapat menikmati Pemerintahan Allah kecuali dia dilahirkan semula.”

4. Nikodemus bertanya, “Bagaimanakah seorang dewasa dapat dilahirkan semula? Tidak mungkin dia masuk semula ke rahim ibunya lalu dilahirkan untuk kali kedua!”

Baca bab lengkap Yohanes 3