Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Yohanes 15:1-6 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Yesus berkata lagi, “Aku pokok anggur yang sejati, dan Bapa-Ku peladang anggur.

2. Setiap carang-Ku yang tidak berbuah dikerat oleh-Nya, dan setiap carang yang berbuah dipangkas oleh-Nya supaya bersih dan berbuah lebih lebat.

3. Kamu sudah dibersihkan oleh ajaran yang Aku ajarkan kepada kamu.

4. Tetaplah bersatu dengan Aku dan Aku pun akan tetap bersatu dengan kamu. Carang sendiri tidak dapat berbuah, kecuali tetap pada pokoknya. Demikian juga kamu; kamu hanya dapat berbuah, jika kamu tetap bersatu dengan Aku.

5. Akulah pokok anggur dan kamu carang-carangnya. Sesiapa yang tetap bersatu dengan Aku, dan Aku dengan dia, akan berbuah lebat; kerana tanpa Aku, kamu tidak dapat berbuat apa-apa.

6. Sesiapa yang tidak tetap bersatu dengan Aku, akan dikerat seperti carang lalu menjadi kering. Carang-carang seperti itu akan dikumpulkan lalu dibuang ke dalam api dan dibakar.

Baca bab lengkap Yohanes 15