Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Yohanes 13:4-11 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

4. Oleh itu Yesus berdiri, menanggalkan jubah-Nya lalu mengikat sehelai tuala pada pinggang-Nya.

5. Dia menuang air ke dalam sebuah besen lalu mula membasuh kaki pengikut-pengikut-Nya dan mengeringkannya dengan tuala yang terikat pada pinggang-Nya.

6. Apabila Yesus sampai kepada Simon Petrus, Petrus berkata, “Adakah Tuhan akan membasuh kakiku?”

7. Yesus menjawab, “Sekarang kamu tidak memahami apa yang sedang Aku lakukan, tetapi pada kemudian hari kamu akan faham.”

8. Petrus berkata kepada Yesus, “Jangan Tuhan! Tuhan tidak boleh membasuh kakiku!”Tetapi Yesus menjawab, “Jika Aku tidak membasuh kakimu, kamu bukan lagi pengikut-Ku.”

9. Simon Petrus berkata, “Ya Tuhan, jika demikian jangan basuh kakiku sahaja, basuhlah tangan dan kepalaku juga!”

10. Yesus berkata kepadanya, “Sesiapa sudah mandi, seluruh badannya bersih; dia perlu membasuh kaki sahaja. Kamu semuanya bersih, kecuali seorang.” (

11. Yesus mengetahui siapa yang akan mengkhianati Dia. Itulah sebabnya Yesus berkata, “Kamu semuanya bersih, kecuali seorang.”)

Baca bab lengkap Yohanes 13