Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Yohanes 13:10-17 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

10. Yesus berkata kepadanya, “Sesiapa sudah mandi, seluruh badannya bersih; dia perlu membasuh kaki sahaja. Kamu semuanya bersih, kecuali seorang.” (

11. Yesus mengetahui siapa yang akan mengkhianati Dia. Itulah sebabnya Yesus berkata, “Kamu semuanya bersih, kecuali seorang.”)

12. Setelah Yesus membasuh kaki mereka, Dia mengenakan jubah-Nya kembali lalu duduk semula. Dia berkata kepada mereka, “Adakah kamu memahami apa yang baru sahaja Aku lakukan untuk kamu?

13. Kamu memanggil Aku Guru dan Tuhan. Benarlah panggilan kamu itu, kerana Aku memang Guru dan Tuhan.

14. Jika Aku sebagai Tuhan dan Guru kamu, sudah membasuh kaki kamu, maka kamu wajib saling membasuh kaki.

15. Aku sudah memberikan teladan kepada kamu semua, supaya kamu juga melakukan apa yang sudah Aku lakukan untuk kamu.

16. Sungguh benar kata-kata-Ku ini: Seorang hamba tidak lebih penting daripada tuannya. Seorang utusan tidak lebih penting daripada orang yang mengutusnya.

17. Jika kamu mengetahui hal ini, berbahagialah kamu jika kamu melakukannya.

Baca bab lengkap Yohanes 13