Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Yohanes 12:36-50 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

36. Percayalah kepada cahaya itu selama cahaya itu bersama-sama kamu, supaya kamu menjadi anak-anak cahaya itu.”Setelah Yesus berkata demikian, Dia pergi dari sana lalu menyembunyikan diri daripada mereka.

37. Meskipun Dia sudah melakukan semua mukjizat itu di hadapan mereka, mereka tidak percaya kepada-Nya.

38. Oleh itu berlakulah nubuat Nabi Yesaya,“Ya Tuhan, siapakah yang percaya akan perkhabaran kami?Kepada siapakah kuasa Tuhan ditunjukkan?”

39. Itulah sebabnya mereka tidak dapat percaya, kerana Yesaya juga berkata,

40. “Allah berfirman,‘Aku sudah membutakan mata mereka,dan menjadikan mereka keras kepala,supaya mata mereka tidak dapat melihat,dan fikiran mereka tidak dapat mengerti,sehingga mereka tidak kembali kepada-Kuuntuk Aku sembuhkan.’ ”

41. Yesaya berkata demikian kerana dia sudah melihat kemuliaan Yesus lalu berkata-kata tentang Dia.

42. Walaupun demikian, banyak juga penguasa Yahudi yang percaya kepada Yesus. Tetapi kerana mereka takut dilarang masuk ke rumah ibadat oleh orang Farisi, mereka tidak berani mengakui Yesus secara terang-terangan.

43. Mereka lebih suka dipuji oleh manusia daripada dipuji oleh Allah.

44. Lalu Yesus berseru, “Sesiapa yang percaya kepada-Ku, bukan sahaja percaya kepada-Ku, tetapi juga kepada Dia yang mengutus Aku.

45. Sesiapa yang melihat Aku, juga melihat Dia yang mengutus Aku.

46. Aku datang ke dunia ini sebagai cahaya, supaya tiap-tiap orang yang percaya kepada-Ku tidak tinggal dalam kegelapan.

47. Jika seseorang mendengar ajaran-Ku tetapi tidak mentaatinya, Aku tidak akan menghukum dia. Aku datang, bukan untuk menghukum dunia ini tetapi untuk menyelamatkannya.

48. Sesiapa yang menolak Aku dan tidak menerima perkhabaran-Ku, sudah ada yang akan menghakiminya. Perkhabaran yang Aku sampaikan ini akan menghakiminya pada Hari Kiamat!

49. Aku tidak berkata-kata menurut kemahuan-Ku sendiri, kerana Bapa yang mengutus Aku memerintahkan Aku mengatakan apa yang harus disampaikan.

50. Aku tahu bahawa perintah-Nya itu memberikan hidup sejati dan kekal. Oleh itu Aku menyampaikan perkhabaran seperti yang diberitahukan oleh Bapa kepada-Ku.”

Baca bab lengkap Yohanes 12