Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Yohanes 12:13-21-22 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

13. Mereka mengambil dahan-dahan pokok palma lalu pergi mengalu-alukan Yesus sambil berseru, “Pujilah Allah! Diberkatilah Dia yang datang dengan nama Tuhan! Diberkatilah Raja Israel!”

14. Yesus mendapati seekor keldai muda lalu menungganginya. Dengan demikian berlakulah yang tertulis di dalam Alkitab,

15. “Janganlah takut,hai penduduk Sion!Lihatlah Raja kamu datangmenunggang seekor keldai muda!”

16. Pada masa itu pengikut-pengikut Yesus tidak memahami semuanya. Tetapi setelah Yesus dimuliakan melalui kematian dan kebangkitan-Nya, barulah mereka teringat bahawa apa yang dilakukan oleh orang ramai bagi-Nya sudah tertulis di dalam Alkitab.

17. Orang ramai yang hadir ketika Yesus memanggil Lazarus keluar dari kubur dan membangkitkannya daripada kematian, sudah memberitahukan kejadian itu.

18. Itulah sebabnya orang ramai menjumpai Yesus, kerana mereka mendengar bahawa Dia sudah melakukan mukjizat itu.

19. Orang Farisi berkata sesama sendiri, “Lihatlah, seluruh dunia sudah mengikut dia. Usaha kita sia-sia belaka!”

20. Beberapa orang Yunani ada antara orang ramai yang pergi ke Yerusalem untuk beribadat pada masa perayaan itu.

21-22. Mereka datang kepada Filipus, lalu berkata, “Tuan, kami hendak berjumpa dengan Yesus.”(Filipus berasal dari Betsaida di Galilea.) Dia memberitahu Andreas, lalu kedua-duanya pergi memberitahu Yesus.

Baca bab lengkap Yohanes 12