Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Yohanes 1:43-51 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

43. Keesokan harinya Yesus mengambil keputusan untuk pergi ke Galilea. Dia berjumpa dengan Filipus, lalu berkata kepadanya, “Ikutlah Aku!” (

44. Filipus berasal dari Betsaida, kota tempat Andreas dan Petrus tinggal.)

45. Kemudian Filipus mencari Natanael dan berkata kepadanya, “Kami sudah berjumpa dengan orang yang disebut oleh Musa di dalam Taurat, dan yang dituliskan oleh nabi-nabi. Dia Yesus anak Yusuf dari Nasaret.”

46. Tetapi Natanael berkata, “Bolehkah sesuatu yang baik datang dari Nasaret?”“Marilah lihat,” jawab Filipus.

47. Apabila Yesus nampak Natanael datang kepada-Nya, Dia berkata tentang Natanael, “Inilah orang Israel sejati; tiada kepalsuan padanya!”

48. Natanael bertanya kepada Yesus, “Bagaimana tuan mengenal saya?”Yesus menjawab, “Sebelum Filipus memanggil kamu, Aku telah nampak kamu di bawah pokok ara itu.”

49. Natanael berkata, “Guru, Guru Anak Allah! Guru Raja bangsa Israel!”

50. Yesus berkata pula, “Adakah kamu percaya kerana Aku berkata Aku nampak kamu di bawah pokok ara itu? Kamu akan melihat perkara-perkara yang jauh lebih besar daripada hal ini!”

51. Lalu Yesus berkata kepada mereka, “Percayalah, kamu akan melihat langit terbuka, dan malaikat-malaikat Allah naik turun pada Anak Manusia.”

Baca bab lengkap Yohanes 1