Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Yohanes 1:34-42 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

34. Aku sudah nampak kejadian ini,” kata Yohanes, “dan aku memberitahu kamu bahawa Dialah Anak Allah.”

35. Keesokan harinya Yohanes di tempat itu lagi dengan dua orang pengikutnya.

36. Ketika dia nampak Yesus lalu di situ, dia berkata, “Lihatlah Anak Domba Allah!”

37. Kedua-dua orang pengikut itu mendengar kata-kata Yohanes lalu mengikuti Yesus.

38. Yesus berpaling dan nampak mereka sedang mengikuti Dia. Lalu Yesus bertanya, “Apa yang kamu cari?”Mereka menjawab, “Rabbi, di manakah rabbi tinggal?” (Dalam bahasa Ibrani ‘rabbi’ bermakna ‘guru.’)

39. “Marilah lihat,” kata Yesus. (Masa itu kira-kira pukul empat petang.) Mereka pun mengikut Dia dan melihat tempat Yesus tinggal. Lalu mereka tinggal bersama-sama Dia pada hari itu.

40. Seorang daripada dua orang yang mendengar kata-kata Yohanes lalu pergi mengikut Yesus, ialah Andreas saudara Simon Petrus.

41. Dengan segera Andreas mencari Simon, saudaranya dan berkata kepadanya, “Kami sudah berjumpa dengan Mesias!” (’Mesias’ sama dengan ‘Kristus’).

42. Kemudian Andreas membawa Simon kepada Yesus.Yesus memandang dia lalu berkata, “Kamu Simon anak Yohanes, tetapi kamu akan disebut Kefas.” (Kefas sama dengan Petrus dan bermakna: bukit batu.)

Baca bab lengkap Yohanes 1