Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Yohanes 1:20-31 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

20. Yohanes mengaku dengan terus terang, “Aku bukan Penyelamat yang diutus oleh Allah.”

21. “Jika demikian, siapakah kamu?” tanya mereka. “Adakah kamu Elia?”“Bukan,” jawab Yohanes.“Adakah kamu Nabi itu?” tanya mereka lagi.“Bukan,” jawabnya.

22. “Katakanlah siapa kamu ini,” kata mereka, “kerana kami mesti memberikan jawapan kepada mereka yang mengutus kami. Apa katamu tentang dirimu sendiri?”

23. Yohanes menjawab dengan memetik ayat daripada Kitab Nabi Yesaya, “Aku ini:‘Seorang yang berseru di padang gurun:Luruskanlah jalan bagi Tuhan!’ ”

24. Mereka yang diutus oleh orang Farisi,

25. kemudian bertanya kepada Yohanes, “Jika kamu bukan Penyelamat yang diutus oleh Allah, atau Elia, atau Nabi itu, mengapa kamu membaptis orang?”

26. Yohanes menjawab, “Aku membaptis dengan air. Tetapi Dia yang tidak kamu kenal ada di kalangan kamu.

27. Dia datang kemudian daripadaku, tetapi aku tidak layak mengurai tali kasut-Nya pun.”

28. Semua ini berlaku di Betania, di sebelah timur Sungai Yordan tempat Yohanes membaptis orang.

29. Keesokan harinya Yohanes nampak Yesus datang kepadanya. Lalu Yohanes berkata, “Lihatlah Anak Domba Allah yang menghapus dosa dunia!

30. Dialah yang aku katakan akan datang kemudian daripada aku, tetapi yang lebih besar daripadaku kerana Dia sudah ada sebelum aku dilahirkan.

31. Dahulu aku tidak tahu siapa Dia itu. Tetapi aku datang membaptis orang dengan air supaya bangsa Israel mengenal Dia.”

Baca bab lengkap Yohanes 1