Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Yohanes 1:16-25 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

16. Dia penuh kasih; Dia terus-menerus memberkati kita semua.

17. Allah memberikan Taurat melalui Musa, tetapi melalui Yesus Kristus, Allah menyatakan kasih-Nya dan kesetiaan-Nya kepada kita.

18. Tidak seorang pun pernah melihat Allah. Anak tunggal Bapa yang sama dengan Bapa dan di sisi Bapa, sudah menunjukkan Allah kepada kita.

19. Para penguasa orang Yahudi di Yerusalem mengutus imam-imam dan beberapa orang Lewi kepada Yohanes untuk bertanya kepadanya, “Siapakah kamu?”

20. Yohanes mengaku dengan terus terang, “Aku bukan Penyelamat yang diutus oleh Allah.”

21. “Jika demikian, siapakah kamu?” tanya mereka. “Adakah kamu Elia?”“Bukan,” jawab Yohanes.“Adakah kamu Nabi itu?” tanya mereka lagi.“Bukan,” jawabnya.

22. “Katakanlah siapa kamu ini,” kata mereka, “kerana kami mesti memberikan jawapan kepada mereka yang mengutus kami. Apa katamu tentang dirimu sendiri?”

23. Yohanes menjawab dengan memetik ayat daripada Kitab Nabi Yesaya, “Aku ini:‘Seorang yang berseru di padang gurun:Luruskanlah jalan bagi Tuhan!’ ”

24. Mereka yang diutus oleh orang Farisi,

25. kemudian bertanya kepada Yohanes, “Jika kamu bukan Penyelamat yang diutus oleh Allah, atau Elia, atau Nabi itu, mengapa kamu membaptis orang?”

Baca bab lengkap Yohanes 1