Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Lukas 24:43-53 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

43. Yesus mengambil ikan itu dan makan di hadapan mereka.

44. Kemudian Dia berkata kepada mereka, “Inilah perkara-perkara yang telah Aku beritahu kamu tatkala Aku masih bersama-sama kamu: Setiap perkara yang tertulis tentang diri-Ku di dalam Taurat Musa, Kitab Nabi-Nabi dan Mazmur mesti berlaku.”

45. Kemudian Yesus membuka fikiran mereka supaya memahami maksud Alkitab.

46. Yesus berkata kepada mereka, “Sudah tertulis bahawa Penyelamat yang diutus oleh Allah mesti mengalami penderitaan dan mesti bangkit daripada kematian pada hari ketiga.

47. Demi nama-Nya, perkhabaran bahawa manusia mesti bertaubat daripada dosa dan bahawa Allah akan mengampunkan dosa, mesti diisytiharkan kepada semua bangsa mulai dari Yerusalem.

48. Kamulah saksi semua perkara ini.

49. Aku akan mengirim apa yang telah dijanjikan oleh Bapa kepada kamu. Tetapi kamu mesti menunggu di kota ini sehingga kuasa daripada Allah turun kepada kamu.”

50. Kemudian Yesus membawa mereka ke luar kota sehingga ke Betania. Di situ Dia mengangkat tangan-Nya lalu memberkati mereka.

51. Sementara Yesus memberkati mereka, Dia terangkat ke syurga, lalu meninggalkan mereka.

52. Mereka sujud menyembah Dia, lalu balik ke Yerusalem dengan penuh kegembiraan.

53. Mereka sentiasa di Rumah Tuhan dan memuji Allah.

Baca bab lengkap Lukas 24